Brought to you by BERNAMA

   

Sabtu, 1 November 2014 
 

 

 

 
 
More sharing of information and close to cooperation among countries in Southeast Asia will help reduce incidences of smuggling and piracy
Agree
Disagree
Not sure
 
 
     
 
Alam Maritim Peroleh Kontrak RM182 Juta Menerusi Anak Syarikat
March 25, 2013 20:49 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Alam Maritim (M) Sdn Bhd, anak syarikat Alam Maritim Resources Bhd memperoleh kontrak perkhidmatan bawah laut bernilai RM182 juta daripada syarikat eksplorasi dan pengeluaran minyak dan gas bebas.

Alam Maritim dalam satu kenyataan berkata kontrak itu terdiri daripada pemeriksaan dasar laut, penyenggaraan dan pembaikan bagi tiga tahun dengan lanjutan opsyen untuk tempoh setahun lagi.

"Kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2013, sehingga 2017," kata syarikat itu.

Saham Alam Maritim naik satu sen untuk ditutup kepada 92 sen hari ini dengan 3.6 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA

 
  Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved. Disclaimer.