Brought to you by BERNAMA

   

Sabtu, 25 Oktober 2014 
 

 

 

 
 
More sharing of information and close to cooperation among countries in Southeast Asia will help reduce incidences of smuggling and piracy
Agree
Disagree
Not sure
 
 
     
 
Pemegang Saham MISC Perlu Terima Tawaran Premium Petronas, Kata Sumber
March 05, 2013 20:38 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Usaha menjadikan syarikat perkapalan, MISC Bhd sebagai persendirian, memberi kelebihan terbaik kepada pemegang sahamnya memandangkan langkah itu akan membolehkan mereka keluar daripada pasaran yang tertekan pada premium.

Satu sumber yang rapat dengan urus niaga itu memberitahu Bernama Selasa, bahawa langkah tersebut juga akan mengelakkan ketidakpastian yang dikaitkan dengan masa depan industri perkapalan dan harga saham masa depan MISC.

"Syarikat itu telah mendapat manfaat daripada Petronas, syarikat induknya, memandangkan syarikat minyak nasional itu telah membantu memacu nilai dan pulangan kepada pemegang sahamnya.

"Memandangkan Petronas sendiri ingin meningkatkan daya saing dan cabaran pada masa hadapan untuk MISC dalam persekitaran operasi yang tidak menentu, kepentingan terbaik pemegang saham MISC dipenuhi dengan langkah tersebut," katanya.

Pada awal tahun ini, Petronas mengemukakan cadangan untuk menjadikan MISC persendirian dengan tawaran tunai RM5.30 sesaham untuk saham yang belum dimiliki.

Tawaran itu bersyarat dengan Petronas menerima penerimaan sah yang akan menyebabkan syarikat memegang 90 peratus atau lebih daripada jumlah saham MISC.

Menurut sumber itu semasa pasaran perkapalan gas asli cecair (LNG) kelihatan stabil, mungkin tidak seperti yang dilihat.

MISC, pernah menerima kontrak daripada Petronas untuk mengangkut LNGnya, mungkin berpotensi menyaksikan pengurangan setelah syarikat minyak itu berusaha menawarkan gas pada harga yang berdaya saing kepada pelanggan, katanya.

"MISC, yang mempunyai kos modal yang lebih tinggi daripada beberapa rakan-rakan di sektor perkapalan LNG, boleh mengalami tekanan untuk menandatangani kontrak yang lebih berdaya saing atau berpotensi berhadapan dengan kehilangan perniagaan kepada pesaing yang lebih cekap," katanya.

Selain LNG, kata sumber itu, perniagaan kapal tangki MISC juga telah terjejas oleh lebihan bekalan yang akan mengekalkan kadar.

Sumber itu juga tertanya-tanya mengenai apa yang akan berlaku kepada MISC sekiranya tawaran itu gagal, memandangkan perubahan dinamik dalam keseluruhan industri LNG.

"Sama ada Petronas akan mengekalkan sokongan yang kukuh sebelum ini, walaupun pada peningkatan kos kepada dirinya, kekal satu persoalan yang terbuka" katanya.

Apabila lembaga MISC mengemukakan terbitan hak, MISC menikmati harga saham yang tinggi pada RM8.53.

Ia menjunam kepada RM3.86 pada Jun 2012 dalam persekitaran yang berubah secara drastik dengan kadar fret untuk penghantaran petroleum dan kimia turun dengan ketara bawah purata 10 tahun.

"Memandangkan prospek industri yang tidak memberangsangkan dan turun naik pasaran, ia mungkin mengambil masa bertahun sebelum harga saham MISC naik kembali ke paras sedemikian," katanya.

Sumber itu berkata kemasukan banyak pemain bebas dan cergas akan mengancam masa depan MISC.



-- BERNAMA

 
  Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved. Disclaimer.