Brought to you by BERNAMA

   

Jumaat, 31 Oktober 2014 
 

 

 

 
 
More sharing of information and close to cooperation among countries in Southeast Asia will help reduce incidences of smuggling and piracy
Agree
Disagree
Not sure
 
 
     
 
Industri Pembinaan Dan Pembaikan Kapal Akan Jana 20,000 Peluang Pekerjaan Menjelang 2020
October 02, 2012 14:21 PM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Industri pembinaan dan pembaikan kapal akan menjana 20,000 peluang pekerjaan menjelang 2020, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Satu cabaran yang kita hadapi dalam industri ini adalah kekurangan modal insan, dengan kebanyakan pekerjaan bernilai tinggi dilaksanakan di luar Malaysia.

"Pembaikan dan pembinaan kapal asas dijalankan di Malaysia tetapi kemasan akhir dijalankan di tempat lain. Ini adalah berikutan kekurangan tenaga kerja dan kita perlu menanganinya.

"Setakat ini terdapat kira-kira 30,000 orang yang bekerja di dalam sektor ini di Malaysia dan ia akan meningkat ke 50,000 menjelang 2020," kata Mustapa kepada pemberita pada Forum Industri Perkapalan Nasional di sini hari ini.

Beliau berkata Pelan Strategik Pembinaan/Pembaikan Kapal Malaysia 2020 dicipta untuk meletakkan negara dalam peta dunia sebagai negara pembina kapal utama dunia.

"Pelan strategik itu membantu meningkatkan pertumbuhan sektor dan memberikan rangka kerja bagi pembangunannya secara lebih berstruktur dan terancang," kata Mustapa.

-- BERNAMA

 
  Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved. Disclaimer.