Brought to you by BERNAMA

   

Selasa, 23 September 2014 
 

 

 

 
 
More sharing of information and close to cooperation among countries in Southeast Asia will help reduce incidences of smuggling and piracy
Agree
Disagree
Not sure
 
 
     
 
TLDM Serah Tujuh Kapal Kepada Penguatkuasa Maritim Malaysia
January 27, 2006 19:04 PM

LUMUT 27 Jan (Bernama) -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari Jumaat menyerahkan tujuh buah kapal ronda kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk digunakan bagi meronda sekitar kawasan perairan negara dalam usaha mempertahankan serangan lanun dan anasir subversif.

Penyerahan fasa kedua ini menjadikan jumlah kapal ronda dan bot dimiliki oleh APMM bertambah kepada 41 buah setakat ini, yang turut termasuk beberapa kapal yang diserahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kastam Diraja Malaysia (KDM).

Penyerahan kapal hari Jumaat melibatkan KD Kerambit, KD Renchong, KD Rentaka, KD Sri Sabah, KD Tombak, KD Beladau dan KD Sri Negri Sembilan.

TLDM pada bulan Julai tahun lalu sudah menyerahkan enam kapal ronda yang terdiri daripada KD Keris, KD Sarawak, KD Badek, KD Kelewang, KD Sundang dan KD Panah kepada APMM.

Ketujuh-tujuh kapal itu diserahkan oleh Panglima Armada TLDM, Laksamana Datuk Ilyas Din kepada Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran APMM, Datin Wan Khazanah Ismail dalam upacara khas yang disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor di Pangkalan TLDM Lumut di sini Jumaat.

Turut hadir ialah Panglima TLDM, Laksamana Datuk Ilyas Din dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Kong Cho Ha.

Ilyas dalam sidang akhbar selepas Upacara Perlucutan Tauliah dan Penyerahan Aset TLDM Kepada APMM berkata Julai ini TLDM akan menyerahkan dua lagi kapal ronda kepada APMM.

"Dua buah kapal tersebut ialah KD Marikh dan KD Musytari yang bersaiz lebih besar daripada kapal ronda yang diserahkan sebelum ini iaitu berukuran 60 meter," katanya.

Kesemua 13 kapal ronda yang diserahkan sebelum itu merupakan jenis PC (Patrol Craft) yang dibina di Vosper Thornycroft, Portsmouth, United Kingdom pada pertengahan tahun 1060-an yang mempunyai ukuran 31.4 meter panjang dan 6 meter lebar.

Ilyas berkata KD Marikh dan KD Musytari merupakan kapal ronda yang dibina berasaskan teknologi dari Korea. Salah sebuah daripadanya diimport dari Korea manakala sebuah lagi dibina di Pasir Gudang, Johor pada tahun 1984 dan 1985.

Selain menyerahkan dua kapal ronda terakhir itu, menjelang Julai juga TLDM bakal kehilangan 1,327 pegawai dan anggota lain-lain pangkat kerana menyertai APMM secara sukarela atau pilihan.

"Penghijrahan mereka ke APMM tidak akan menjejaskan TLDM kerana kekosongan jawatan mereka akan diisi secara berperingkat, begitu juga dengan penyerahan 15 kapal ronda.

"Kita tidak terasa sangat dengan kekurangan aset tersebut. Bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa tugas-tugas menyokong rondaan akan diteruskan oleh TLDM biarpun bukan secara khusus tetapi dari segi pemantauan di kawasan terpilih," katanya.

Wan Khazanah pula memberitahu menjelang Julai ini, APMM dijangka menerima 48 kapal dan bot ronda sumbangan agensi penguatkuasaan seperti PDRM, KDM termasuk 15 kapal ronda milik TLDM.

-- BERNAMA

 
  Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved. Disclaimer.