Brought to you by BERNAMA

   

Isnin, 22 Disember 2014 
 

 

 

 
 
More sharing of information and close to cooperation among countries in Southeast Asia will help reduce incidences of smuggling and piracy
Agree
Disagree
Not sure
 
 
     
 
Keselamatan Di Selat Melaka Bukan Lagi Isu Serantau
December 04, 2005 15:14 PM

LANGKAWI, 4 Dis (Bernama) -- Keselamatan di Selat Melaka bukan lagi merupakan isu tempatan atau serantau kerana wujudnya tanggapan bahawa pengganas mungkin menggunakan kawasan persekitaran yang sibuk itu untuk mengganggu gugat perdagangan antarabangsa atau dengan mendapatkan wang melalui tebusan dan rampasan kapal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun pelanunan atau rompakan bersenjata di laut tidak memberikan ancaman besar, ada kemungkinan kegiatan lanun ini menjadi senjata kepada pengganas.

"Oleh itu langkah sewajarnya harus diambil dan setanding dengan ancaman itu dan yang sama penting ialah tindak balas yang selaras untuk menghadapi cabaran keselamatan itu patut mengambil kira sensitiviti seperti kedaulatan negara," katanya dalam ucaptama bagi Persidangan Antarabangsa Maritim Lima 2005 di Awana Porto Malai di sini hari Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Tan Sri Subhan Jasmon. Seramai 186 anggota perwakilan menghadiri persidangan itu yang membincangkan pelbagai aspek isu keselamatan dan kawalan keselamatan di Selat Melaka.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata untuk menambah rumitkan lagi persamaan bagi keseluruhan keselamatan ini ialah ramai mereka yang berkepentingan terdiri daripada negara pesisir, negara pengguna, masyarakat maritim dan pertubuhan bukan kerajaan mempunyai tahap kepentingan, keutamaan, tanggapan ancaman dan harapan yang berbeza.

"Ia semua menunjuk ke arah isu berhubung kepentingan kebangsaan negara, ditambah pula dengan cabaran menguruskan sumber yang sukar didapati, realiti situasi yang memerlukan satu pencapaian seimbang di antara dasar domestik negara dan agenda dasar luar masing-masing," katanya.

Beliau berkata Selat Melaka mungkin merupakan satu perairan yang sempit tetapi ia merupakan sebuah daripada perairan yang paling sibuk di dunia. Penggunaan selat itu dari segi serantau dan antarabangsa bergantung kepada sama ada perairan itu selamat dan dikawal.

Kira-kira 30 peratus perdagangan dunia dan 80 peratus minyak Asia Timur melalui selat itu. Lebih daripada 200 kapal sehari menyusuri selat berkenaan melalui 900 km panjangnya dan jumlah yang lalu tidak termasuk pelbagai kapal kecil serta bot menangkap ikan.

"Penutupan malah gangguan di perairan ini akan memberikan kesan serius secara global dan pastiya kadar kapal pengangkut akan berganda serta premium insurans meningkat.

"Lori tangki mungkin perlu mengambil laluan yang lebih panjang dan ini bermakna kos operasi yang lebih tinggi, memberikan kesan kepada perdagangan domestik, serantau serta antarabangsa," katanya.

-- BERNAMA

 
  Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved. Disclaimer.